KERTAS KERJA KOLOKIUM PRA-U
KURIKULUM – SISTEM KULIAH DAN TUTORIAL
PRO DAN KONTRA
NAMA PELAJAR :
GURU PEMBIMBING : ENCIK CHUA ABAH
SEKOLAH : SEKOLAH TINGGI KLUANG
KELAS : PU1F1
1.0 PENGENALAN
Seiring dengan perkembangan dunia pendidikan dalam era globalisasi dan keperluan semasa dalam abad ke-21, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 - 2010 telah dirangka untuk melaksanakan dan merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia. PIPP telah menggariskan 6 teras strategik :
TERAS 1 — Membina Negara Bangsa
TERAS 2 --- Membangunkan Modal Insan
TERAS 3 --- Memperkasa Sekolah Kebangsaan
TERAS 4 --- Merapatkan Jurang Pendidikan
TERAS 5 --- Memartabatkan Profesion Perguruan
TERAS 6 --- Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan
PIPP telah menjadi garis panduan yang jelas kepada semua pihak supaya segala dasar, program dan aktiviti pendidikan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan cemerlang. Oleh itu, sekolah-sekolah perlu mempunyai kaedah masing-masing dalam menyediakan proses pendidikan yang pragmatik dan berdaya maju kepada para pelajar.
Untuk merealisasikan TERAS 6 yang telah dinyatakan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Sekolah Tinggi Kluang telah menawarkan satu kaedah pembelajaran yang baru iaitu pembelajaran melalui sistem kuliah dan tutorial kepada para pelajar Pra-Universiti mulai tahun 2008. Jelaslah di sini bahawa penerapan sistem baru ini berupaya melahirkan pelajar yang berdaya maju, kreatif, peka terhadap isu-isu semasa, mampu menyelesaikan pelbagai masalah yang timbul serta dapat membuat sesuatu keputusan dengan matang dan bijak. Justeru, pelajar-pelajar berkemampuan menjadi benih generasi masa depan yang amat berguna kepada negara.
Secara biasa, kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) lebih diminati oleh pelajar kerana kaedah ini telah mereka amalkan sejak sekolah rendah. Melalui kaedah ini, guru hanya menjadi sumber ilmu kepada anak murid. Walau bagaimanapun, kaedah lama ini tidak sesuai kepada para bakal pelajar universiti. Sebaliknya, sistem kuliah dan tutorial harus dijalankan dan peranan guru harus ditukarkan kepada fasilitator untuk membimbing para pelajar Pra-Universiti. Sistem kuliah dan tutorial dapat membantu pelajar dalam persediaan melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi kerana sistem ini hanya dijalankan di institusi pengajian tempatan am (IPTA) dan institusi pengajian tempatan swasta (IPTS). Pelajar dapat lebih terdedah kepada suasana universiti jika mengamalkan sistem pembelajaran kuliah dan tutorial sekarang. Oleh sebab sistem pembelajaran baru ini amat berbeza daripada sistem lama, sikap para pelajar itu juga perlu berubah daripada pelajar yang pasif kepada pelajar yang berdikari, bermatlamat, berpandangan jauh dan bertanggungjawab dalam segala tindak-tanduknya untuk menimba ilmu.
Kini, dalam konteks dunia tanpa sempadan, banyak harapan diletakkan dalam bidang pendidikan sebagai strategi utama untuk kejayaan Wawasan 2020. Bagi mencapai matlamat menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia, sistem pembelajaran kuliah dan tutorial dalam kalangan pelajar Pra-Universiti menjadi agenda utama selaras dengan usaha yang sedang dijalankan untuk memperkasa dan seterusnya menaikkan taraf pendidikan Malaysia.
.
2.0 DEFINISI KONSEP
2.1 Konsep Sistem Kuliah dan Tutorial
Kuliah adalah persembahan lisan dimaksudkan untuk menyajikan maklumat untuk menyajikan maklumat atau mengajar orang tentang topik tertentu yang biasanya dijalankan di sesebuah universiti atau sekolah. Guru.kuliah digunakan untuk menyampaikan maklumat kritikal, sejarah, latar belakang, teori dan juga persamaan degan seorang ahli politik berpidato ataupun seorang pendeta berkhotbah. Biasanya, pensyarah akan berdiri di depan bilik dan membaca maklumat yang releven dengan isi ceramah.
Walaupun kuliah banyak dikritik sebagai kaedah pedagogis, universiti belum menemukan kaedah pengajaran alternatif praktikal untuk sebahagian besar program pengajian mereka. Pengkritik menunjukkan bahawa kuliah terutamanya adalah satu kaedah cara komunikasi yang tidak melibatkan penyertaan pendengar yang terlalu penting. Oleh sebab itu, kuliah ini sering bercanggah dengan pembelajaran aktif. Tetapi kuliah yang disampaikan oleh penceramah berbakat merangsang. Setidaknya, kuliah biasa bertahan dalam dunia akademik sebagai cepat, murah dan efisien untuk mempernalkan sejumlah besar pelajar dalam bidang pengajian tertentu.
Kuliah juga mempunyai peranan yang penting di luar bilik darjah.anugerah akademik dan saintifik secara rutin memasukkan kuliah sebagai sebahagian daripada kehormatan, dan sering berpusat kepada persidangan akademik di sekitar “alamat keynote”. Kuliah umumnya mempunyai sejarah panjang dalam ilmu pengetahuan dan dalam gerakan sosial. Kesatuan dewan, misalnya, secara sejarah telah menjadi tuan rumah kepada kuliah yang umum dan percuma tentang berbagai hal. Demikian pula, gereja, pusat-pusat komuniti, perpustakaan, muzium dan organisasi yang lain menyelenggarakan kuliah untuk melanjutkan misi mereka ataupun salah seorang daripada mereka.
kebaikan kuliah
• kuliah yang efektif boleh berkomunikasi dengan minat semula jadi tentang sesuatu subjek melalui minat mereka
• kuliah boleh memberikan informasi yang amat banyak dan memberikan maklumat yang sebaliknya tidak tersedia untuk pelajar
• kuliah boleh dibentangkan kepada khalayak ramai
• kuliah memberi kuasa mutlak kepada pengajar untuk mengawal pengalaman belajar dan bolah diorganisasi secaa khas demi keperluan sesetengahan pemerhati
• kuliah mendedahkan risiko rendah kepada pelajar
keburukan kuliah
• kuliah gagal memberikan pengajar maklum balas tentang tahap pembelajaran pelajar
• pelajar selalunya dalam keadaan pasoff,dan tiada petunjuk menunjukkan bahawa tertarik kepada secara intelek
• perhatian pelajar akan hilang serta-merta setelah 15 hingga 20 minit
• informasi yang disampaikan akan mudah dilupakan kerana kepasifan pelajar
• kuliah menganggap bahawa tahap pembelajaran dan tahap pemahaman semua pelajar adalah sama
• kuliah memerlukan pembicara yang effektif
Sementara itu , pelajar menjalankan pembelajaran tutorial dengan menerima maklum balas terus tentang esei mereka suasana perbincangan yang kecil. Secara umum, tutorial bagi pelajar secara akademiknya lebih mencabar dan teliti daripada kuliah tahap biasa dan kursus format ujian. Ini adalah kerana dalam setiap sesi pelajar diharapkan, secara lisan untuk berkomunikasi, membela, menganalisis serta mengkritik pendapat lain termasuk perbualan mereka dengan professor dan rakan pelajar. Sebagai model pedagosis, sistem tutorial ini mempunyai nilai yang besar kerana ia mewujudkan suasana pembelajaran peluang penilaian yang amat tulen dan sukar ditiru.
3.0 Tinjauan Literature
3.1 Sistem Kuliah
Mengikut pelajar-pelajar dari universiti dan matrikulasi,sistem kuliah yang dilalui oleh mereka adalah berbeza daripada system kuliah bagi Pra-U. Dalam sistem kuliah mereka,masa yang dilalui juga sama seperti kita,iaitu 2jam. Namun,selepas setiap sesi kuliah tamat,mereka diberikan masa rehat selama setengah untuk merehatkan minda mereka.
Selain itu,dalam sesi kuliah universiti dan matrikulasi,mereka perlu bergantung pada diri-sendiri,iaitu mencatatkan nota apabila pensyarah memberikan pengajaran dan mencari maklumat yang berlebihan mengenai sesuatu topik manakala untuk pelajar Pra-U,nota-nota biasanya disediakan oleh guru dan pelajar hanya perlu mengulangkaji nota yang diberikan sahaja.
3.2 Sistem Tutorial
Sistem tutorial bagi universiti dan matrikulasi adalah lebih kurang sama dengan sistem tutorial bagi Pra-U. Semasa sesi tutorial,guru akan memberikan soalan-soalan kepada pelajar untuk dijawab. Kemudiannya,guru akan membincangkan soalan tersebut dengab pelajar.
Lebihan lagi,adakalanya guru akan mengadakan sesi perbentangan untuk pelajar-pelajar supaya mereka boleh membincangkan soalan-soalan dengan murid lain sebagai sesi penukar pendapat dan pengetahuan.
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
4.1 Objektif Umun
Memperlihatkan kesediaan pelajar Pra-U dalam menyesuaikan diri dengan Sistem Kuliah dan Tutorial supaya dapat melangkah diri ke dalam Institusi Pengajian Tinggi.
4.2 Objektif Khusus
A. Menerangkan Sistem Kuliah dan Tutorial Tingkatan 6
B. Membuat perbandingan antara Sistem Kuliah dan Tutorial Tingkatan 6 dengan Universiti dan Matrikulasi
C. Memberi cadangan bagi menaiktarafkan Sistem Kuliah dan Tutorial Tingkatan 6
D. Mendapatkan pendapat pelajar Tingkatan 6 mengenai keberkesanan Sistem Kuliah dan Tutorial.
5.0 PERBINCANGAN / DAPATAN
5.1 Pro dan Kontra Sistem Tutorial
Sistem tutorial dan kuliah baru diwujudkan di Sekolah Tinggi Kluang. Sejak belakangan ini, terdapat beberapa pandangan tidak puas hati terhadap sistem yang baru ini. Mengikut bancian yang telah dijalankan, ramai pelajar mempunyai perasaan tidak puas hati terhadap masa waktu persekolahan yang panjang ini. Akan tetapi, pelaksanaan ini juga ada pro dan kontranya.
1. Pro Sistem Tutorial
Salah satu manfaat bagi sistem tutorial adalah pelajar boleh memperoleh maklumbalas dengan lebih cepat dan tepat daripada tutor. Melalui cara ini, pelajar dapat memahami sesuatu konsep dengan lebih mendalam dan jelas. Ini membolehkan pelajar lebih bersedia untuk menghadapi masalah yang lebih mencabar yang menekankan aplikasi.
Kelas tutorial atau sistem tutorial juga merupakan satu kesinambungan kelas kuliah. Konsep atau idea yang tidak sempat disentuh semasa kuliah dapat dijelaskan. Selain daripada itu, tutorial juga memberikan peluang untuk berinteraksi yang tidak wujud dalam kelas kuliah. Cara ini dapat mempereratkan hubungan pelajar dengan guru
Perbincangan dalam tutorial membolehkan seseorang pelajar mendapat lebih banyak idea yang berlainan daripada rakan lain. Dengan ini. pelajar dapat memperluaskan ilmu pengetahuannya mengenai topik yang dibincangkan itu. Melalui perbincangan, seseorang tutor dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan setiap pelajarnya dan dapat membantu mereka dengan lebih efektif lagi. Jadi pelajar akan mencapai prestasi yang bagus.
2. Kontra Sistem Tutorial
Dari segi keburukan, sistem tutorial banyak membebankan pelajar kerana mereka terpaksa mencari maklumat tanpa bantuan . Banyak masa perlu digunakan untuk memperoleh maklumat yang mencukupi untuk membuat sesuatu tugasan.
Selain itu, hubungan social antara pelajar dengan pelajar dari kelas lain akan menjadi lemah. Interaktif yang kurang akan menjadi halangan bagi Malaysia untuk melancarkan program “1Malaysia”..Perpaduan yang rapat akan memajukan sekolah, Negara dan diri sendiri.
Seterusnya, mereka akan lebih bergantung kepada tutor mereka jika mengalami kesusahan dalam akademik. Dengan ini, pelajar akan hilang keberanian dan berdikari dalam menyelesaikan masalah. Tambahan pula, beban guru juga diberatkan kerana mereka perlu mempertimbangkan banyak seperti subjek yang diajar, saiz kelas, lingkungan umur pelajar, Kesuntukan masa, ability pelajar yang berberza dan Jadi waktu
5.2 Pro dan Kontra Sistem Kuliah
1. Pro Sistem Kuliah
Sistem kuliah adalah sistem di mana pengajar menjadi tumpuan pemberian maklumat. Lazimnya, seorang pengajar akan berdiri di hadapan kelas dan dapat mengawal maklumat yang diberikan kepada pelajar. Biasanya, pertukaran idea sering berlaku antara pengajar dan pelajar dalam kelas. Kuliah adalah satu cara tepat untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar dengan cepat. Pelajar-pelajar yang belajar melalui cara pendengaran mendapati bahawa ceramah-ceramah begini menarik minat mereka ke arah stail pembelajaran sistem kuliah. Mengikut logistik, kaedah cara kuliah lebih mudah diwujudkan daripada kaedah-kaedah lain. Kuliah adalah suatu cara kebiasaan untuk kebanyakan guru kerana mereka dapat lebih menyesuaikan diri dengan sistem ini. Kerana kebanyakan kursus-kursus di kolej menjalankan sistem kuliah, pelajar-pelajar mendapat pengalaman yang lebih mendalam melalui cara penghantaran pelajaran kualiti. Sistem kuliah juga paling senang untuk guru bagi menyampaikan, dan sekiranya nota-nota kuliah telah disediakan, ianya boleh digunakan berulang kali dan juga menjadi suatu rujukan. Selain itu, sistem ini membolehkan guru untuk berkomunikasi dengan pelajar-pelajar ,dan memberi tahu jangkaan mereka dengan jelas, serta menggalakkan kemahiran mendengar dan membuat catatan. Kelas – kelas ini boleh dijadikan lebih menarik dengan cara menggunakan peralatan, prop dan juga menjemput penceramah-penceramah khas sekali-sekala.
2. Kontra Sistem Kuliah
Pembelajaran ialah perkara yang diajar tentang sesuatu subjek, oleh itu semua bidang pengajaran akan diajar oleh pengajar. Hal ini akan melahirkan rasa tidak kisah kepada pelajar untuk mendengar kuliah, menumpukan perhatian atau belajar daripadanya, kecuali untuk mendapatkan keputusan yang baik dalam ujian atau kuiz. Pelajar yang tidak boleh belajar melalui cara pendengaran akan menghadapi masalah untuk memberikan tumpuan mereka dalam sistem ini. Semakin besar sesuatu kumpulan pelajar, maka lebih sukar untuk pengajar mengadakan perbincangan – perbincangan berstruktur atau mencari jawapan kepada soalan dengan lebih terperinci kerana masa amat tidak mencukupi. Konsentrasi pelajar juga akan hilang selepas lebih 35 minit kerana terlalu banyak informasi yang ingin dimasukkan ke dalam otak. Para pengajar juga mungkin tidak sedar bahawa bukan semua pelajar yang dapat faham apa yang diajar. Sistem kuliah ini secara tidak langsung, akan mewujudkan jurang antara para pelajar dan tidak memberi peluang untuk mereka bersosial dan berinteraksi satu sama lain.
5.3 Respon Pelajar
Soalan 1. Apakah pendapat anda tentang Sistem Kuliah dan Tutorial yang baru diperkenalkan ini?
Soalan 2. Sistem manakah yang menjadi pilihan utama anda?
Soalan 3. Apakah kebaikan yang anda peroleh daripada Sistem Kuliah dan Tutorial?
Soalan 4. Anda biasanya mendapatkan maklumat tambahan daripada:
Soalan 5. Adakah anda rasa sistem baru ini membantu anda menjejakkan kaki ke universiti?
Soalan 6. Adakah anda berpuas hati dengan kemudahan asas yang terdapat di dewan kuliah?
Soalan 6(b). Jika anda memilih jawapan kurang memuaskan, apakah yang anda merasakan harus dilakukan oleh pihak sekolah?
Soalan 7. Pada pendapat anda, apakah punca yang menyebabkan pelajar tidak dapat menumpukan perhatian semasa waktu kuliah?
Soalan 8. Berapakah lamakah masa kuliah yang anda cadangkan?
Soalan 9. Pada pendapat anda, apakah perubahan yang boleh dilakukan terhadap Sistem Kuliah dan Tutrial?
Soalan 10. Adakah Sistem Kuliah dan Tutorial sesuai untuk diri anda?
6.0 Cadangan
6.1 Kuliah
1. Kemudahan yang lebih banyak dan baik
Pelajar seharusnya mendapat kemudahan yang lebih baik lagi di dalam dewan kuliah seperti penghawa dingin,pembesar suara dan LCD projector yang mempunyai revolusi skrin yang lebih berkualiti.Penghawa dingin penting dalam memastikan pelajar-pelajar dapat belajar dalam keadaan yang lebih selesa.Selain itu,pembesar suara memainkan peranannya supaya pelajar dapat mendengar kuliah yang disampaikan oleh guru dengan jelas manakala pelajar yang duduk di bahagian belakang dewan kuliah mampu melihat tayangan Powerpoint dan sebagainya dengan lebih baik melalui satu LCD projector yang berkualiti.
2. Pintu dan tinkap kaca yang kalis bunyi
Dalam hal ini, pintu dan tingkap yang kalis bunyi penting supaya segala jenis gangguan bunyi dari luar dewan dapat diminimakan justeru, pelajar-pelajar dapat memberikan perhatian yang lebih baik ketika sesi kuliah.
3. Memendekkan masa kuliah
Mengikut kajian ahli psikologi, otak manusia hanya mampu memberi perhatian yang sepenuhnya sehingga masa yang maksima iaitu lebih kurang 1 jam setengah. Selepas masa ini, perhatian manusia akan mula merosot. Sama juga kepada pelajar-pelajar, mereka tidak boleh memberikan perhatian lebih daripada 1 jam setengah. Oleh itu,masa kuliah haruslah dikurangkan dari 2 Jam kepada 1 Jam.
4. Guru harus mengemukakan soalan kepada pelajar
Pengajar tidak boleh memberikan kuliah secara berterusan kerana pelajar-pelajar akan cepat berasa bosan. Oleh itu, untuk memastikan pengajaran guru dapat disampaikan kepada pelajar dengan efektif, para pengajar boleh mengemukakan soalan-soalan berkaitan dengan topik kuliah mereka. Dengan cara ini, pelajar akan memberikan perhatian yang sepenuhnya supaya boleh menjawab soalan yang akan dipersoalkan.
6.2 Tutorial
1. Penekanan dalam soalan terbuka
Dalam hal ini, selain memberikan soalan kepada pelajar untuk dijawab, pengajar boleh memberi pelajar peluang untuk diri mereka menanyakan soalan kepada pelajar-pelajar lain. Selain itu, pelajar bebas untuk mengemukakan pendapat mereka mengenai sesuatu topik.
2. Penekanan yang Serata
Penekanan yang sama sepatutnya diberi untuk penyelesaian masalah dan menjelaskan konsepsi semasa tutorial. Pada tahap profesional, kelas boleh digunakan bagi menjamin penyertaan pelajar yang lebih besar, persembahan-persembahan seminar, tugasan bacaan, perbincangan, penukaran pendapat, secara umum, menggalakkan pemikiran kreatif dan digunakan.
7.0 Rumusan
Secara keseluruhannya, tajuk “Sitem Kuliah dan Tutorial” amat bertepatan dalam era pendidikan masa kini. Meneliti sistem lama yang dijalankan, kebanyakan pelajar tidak dapat berdikari kerana mereka sangat bergantung kepada sumber ilmu dan ajaran yang disampaikan oleh cikgu dengan cara yang mudah sahaja. Namun, dengan pengenalan sistem kuliah dan tutorial, minda dan pemikiran pelajar dapat diperkasakan dan dimatangkan. Ini adalah kerana sistem kuliah dan tutorial yang dijalankan memerlukan pelbagai proses dan kaedah seperti mencari, mendapat, menilai dan mengumpul maklumat dan data serta penulisan ilmiah untuk memenuhi keperluan pelajaran. Oleh itu, pelajar dapat berdikari, berdaya maju, berfikiran kreatif, menyelesaikan masalah dengan matang dan bijak membuat keputusan.
Generasi pelajar Pra-Universiti kini perlu diasuh dan diperkasakan minda mereka melalui sistem kuliah dan tutorial agar mereka dapat berjasa kepada negara pada suatu hari nanti. Kelompok inilah yang akan menjadi tenaga kerja, warganegara dan pemimpin pelapis pada masa akan datang. Pendidikan berkemampuan menghasilkan modal insan ini mengikut acuan yang terbaik. Oleh itu, kita amat berharap hasil dapatan dan cadangan dalam penulisan ini dapat menjadi pemangkin dalam usaha untuk menambahbaikkan sistem kuliah dan tutorial di sekolah dan mnarik minat pelajar yang banyak untuk menyelasaikan pelajaran mereka di tingkatan enam.