ღ♪♫•*♥Kate Teo♥*•♫♪ღ

Photobucket

ೋღ *** Lovely Calender n_n *** ☃ღೋ

Happier Mood


2010年10月21日星期四

‥•♥ PERUBATAN TRADISIONAL ♥•‥

PERUBATAN TRADISIONAL


*  Perubatan merupakan salah satu cabang sains hayat berkenaan menjaga dan mengekalkan kesihatan
        dan rasa sihat (wellness). Ringkasnya, perubatan ialah sains untuk mencegah dan menyembuhkan
        penyakit.
    *  Perubatan Tradisional merupakan kaedah atau cara pengubatan yang menggunakan bahan-bahan
        semulajadi.
 *  Perubatan tradisional lebih merujuk kepada perubatan pra-saintifik bagi sesuatu kaum.
 *  Perubatan ini berbeza daripada perubatan yang diamalkan di Barat.
 * Ia sesuai untuk menyembuhkan penyakit mistik, terseliuh atau patah tulang dan sebagainya.
  
Perubatan tradisional terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
 a. Perubatan tradisional profesional.
 b. Perubatan tradisional bukan profesional atau perubatan tempatan
 Perubatan tradisional professional
 * Perubatan ayurveda oleh masyarakat India
 * Perubatan ginseng dan akupuntur diamalkan oleh masyarakat Cina dan orang-orang di Asia
 * Perubatan Islam, alopathy, homeopathi, oesteopathy dan perubatan tabii menurut susunan usianya.
Perubatan tradisional bukan professional
 * terbatas bagi masyarakat kecil di peringkat tempatan.
 * Perubatan jenis ini dikategorikan kepada 4 kumpulan iaitu:
     # Tradisi mengikut kelahiran.
     # Herba-herba sebagai ubatan.
     # Teknik-teknik khas seperti tulang-tulang asas.
  # Semangat dan agama sebagai penyembuh
         Jadi, selain mengubati penyakit, pakar-pakar seperti bomoh atau MANANG dapat menghalau penyakit tertentu daripada menyerang seseorang
     Masyarakat tempatan turut mempercayai pakar-pakar perubatan tradisional bukan setakat dapat menjamin kesihatan mereka, tetapi juga berfungsi sebagai pakar-pakar di dalam hal-hal kecantikan dan kecerdasan.
Langkah-langkah untuk memajukan perubatan Tradisional
 * Pengiktirafan daripada pihak kerajaan
 * Menjalankan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
 * Mempertingkatkan sistem pemprosesan dan pembungkusan
 * Kerjasama antara pakar dalam dan luar negeri
 * Memperbanyak sumber ubatan Tradisional
 * Kod piawaian yang tepat perlu diadakan
  
AKUPUNTUR
* Akupuntur berasal daripada perkataan Latin iaitu acus bermaksud jarum dan pungere bermaksud cucuk.
* Akupuntur adalah sejenis perubatan yang menggunakan teknik tusukan jarum-jarum halus pada titik
   tertentu badan yang lebih dikenal sebagai ‘ acupunture point ’.
* Rawatan akupuntur boleh dikatakan telah digunakan oleh pelbagai masyarakat kuno tamadun awal seperti
   orang-orang Bunti Afrika, Arab Tigris, Mesir kuno, India dan China.
* Akupuntur dikatakan salah satu kaedah rawatan Hipnosis dan berkesan dalam rawatan sebagai ubat
   penahan sakit atau Anestetik.
RAWATAN AKUPUNTUR
*  Rawatan akupuntur berbeza sedikit di antara cara rawatan masyarakat kuno China dengan rawatan masa
    kini.
*  Masyarakat kuno China menggunakan batu – batu tajam, kayu dan buluh sebagai asas rawatan untuk
    menekan dan menusuk pada bahagian – bahagian tertentu.
* Penggunaan jarum – jarum yang halus yang telah disterilkan atau disucihamakan pula digunakan oleh
   masyarakat masa kini.
* Pengamal perubatan akupuntur menyatakan bahawa terdapat 365 titik akupuntur yang utama dan lebih 
   1000 titik akupuntur luar biasa pada tubuh manusia.
BEKAM
* Bekam bukanlah ciptaan atau rekaan manusia, Bekam adalah Sunnah Rasulullah SAW.
* Bekam datang dari wahyu melalui junjungan besar Nabi Mohammad SAW,
* Rawatan bekam di dalam Islam sudah terkenal sejak 1400 tahun yang dahulu.
* Khasiatnya begitu banyak sekali untuk merawat pelbagai penyakit.
Kebaikan dan Kegunaan Bekam
* Membuang angin dalam badan
* Menghilang kesakitan dan lenguh-lenguh badan
* Melancarkan peredaran darah
* Membetulkan urat saraf yang tersumbat
* Membuang racun / toksik dalam badan.
Penggunaan Herba
* Ia adalah amalan perubatan tradisi berasaskan kegunaan tumbuh-tumbuhan
* Penggunaan tumbuhan di dalam sistem perubatan tradisi menunjukkan hubungan yang rapat antara manusia
   dan sekitarannya.
 Bagi masyarakat yang tinggal berhampiran hutan menggunakan tumbuhan hutan sebagai ubatan seperti daun mengkudu, daun geruda, daun ati-ati, pokok putat, daun jambu dan sebagainya.
    Terdapat 250 000 spesies tumbuhan berbunga di dunia yang telah dikenalpasti mempunyai pelbagai khasiat kepada kesihatan manusia.
Kesimpulan
    Terdapat trend di seluruh dunia untuk memperakui kepentingan ubat-ubat tradisional di samping perubatan lain seperti akupuntur, rawatan bekam, rawatan homeopati, ubat herba dan lain-lain kaedah perubatan alternatif.
 Malaysia yang mengimport ubat-ubat dan produk farmasi bernilai berjuta-juta ringgit setiap tahun sebenarnya mempunyai banyak aset ubat-ubat tradisional yang boleh dimodenkan bagi mengurangkan pergantungan kepada import ubat-ubat dari luar negeri.

没有评论:

发表评论

Cool Girl


Welcome to my Blog!!!